Pengertian,rukun dan cara bertayamum

                                 Tayamum


1)Pegertian Tayamum 

Bahasa : Tujuan
Istilah : Menyapukan debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua tangan hingga ke siku dengan niat dan cara tertentu.

2) tayamum dilakukan bagi menggantikan wuduk atau mandi wajib. Ia adalah rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh syarak kepada manusia.

3) Rukun Tayamum


i. Niat

ii. Menyapu debu tanah ke muka

iii. Menyapu debu tanah kedua-dua belah tangan hingga ke siku.

Iv. Tertib

Sunat Tayamum
 - menghadap kiblat
- membaca Bismillahirrahmanirrahim
- memulakan sapuan pada bahagian atas muka.
-menipiskan debu tanah pada kedua-dua tangan dengan mengirai atau meniupnya.
- mendahulukan tangan kanan
- menyapukan sedikit debu ke bahagian kepala dengan lengan.
- merenggangkan jari tangan ketika menepuk tanah.
- berdoa.

Cara Tayamum

1) selepas berniat kita hendaklah menepuk kedua-dua tangan dengan tujuan untuk menipiskan debu atau Meniup debu tanah pada kedua-dua belah tapak tangan.

2) tepukkan pertama untuk disapu ke muka iaitu bermula daripada bahagian atas ke bawah,k bersihkan debu yang telah digunakan untuk menyapu muka.

3) tepukkan kedua untuk disapu pada kedua belah tangan hingga ke siku.

4) menyapu debu di tangan kiri ke tangan kanan hingga ke siku.

5) menyapu debu di tangan kanan ke tangan kiri hingga ke siku.

Perkara yang membatalkan tayamum

- melakukan perkara yang membatalkan wuduk
- ada air sebelum bersolat
- sembuh daripada sakit
 - Luput waktu solat
- Murtad

Ulasan